PSS: Penjana Sahsiah Seimbang

Sunday, April 19, 2020

KEM KEPEMIMPINAN

KEM KEPEMIMPINAN 2020 

Tarikh          : 21 dan 22 Februari 2020
Masa            : Jumaat, 8.00 pagi - 6.00 petang ( 21/2/2020 ) 
                       Sabtu, 8.00 pagi - 4.00 petang ( 22/2/2020)
Tempat        : Laman Info SMK Zainab
Penceramah : Itqan Partners Training and Consultant

      Pada hari Jumaat dan Sabtu bersamaan 21 dan 22 Februari 2020, pemimpin murid telah menjalankan aktiviti Kem Kepimpinan Murid SMK Zainab 2020 di Laman Info Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab. Aktiviti ini bermula pada pukul 08:00 pagi (21/2/2019) sehingga 6.30 petang (21/2/2019) dan murid diminta hadir pula pada pukul 08:00 pagi (22/2/2019) sehingga 04:00 petang (22/2/2019).

      Objektif kem kepimpinan diadakan adalah untuk melahirkan 'Super Leader". Antara ciri 'Super Leader' adalah :

  • Bijak dan berani 
  • Penampilan yang kemas 
  • Kerjasama baik antara ahli 


Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya adalah seperti ' Ice Breaking ' , Latihan Motivasi diri dan banyak lagi aktiviti yang menarik telah disediakan.

Terdapat satu 
Pembangunan Kumpulan yang diperkenalkan oleh Bruce Tuckerman dinyatakan pada Kem Kepemimpinan ini. Perkara ini merangkumi yang berikut:W1_FR_Tuckman Analysis Assignment | TOPAZ SMART

Kem Kepemimpinan SMK Zainab turut menjemput Naib Johan Daie Pendakwah Nusantara Musim ke-4 TV3, Daie Nasrul untuk mengisi slot Ceramah bertajauk 'Pemimpin sebagai Khalifah".Antara inti pati ceramah tersebut adalah:
  • Solat
  • Menjaga hubungan dengan Ibu bapa,para guru dan rakan 
     Pada akhir kem ini, majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya memenangi pertandingan yang telah disediakan oleh pihak fasilitator.

Perbincangan berkumpulan 

Aktiviti Riadah memecahkan belon

Ucapan perasmian YBrs Puan SIti Hawa binti Mohammad.
Daie Nasrul memnyampaikan ceramah

Pihak pentadbir, para guru dan pemimpin SMK Zainab bersama penceramah.




No comments:

Post a Comment