PSS: Penjana Sahsiah Seimbang

Sunday, March 10, 2019

MAJLIS PELANCARAN NILAM DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS




Tarikh : 24 Februari 2019
Masa : 7.40 pagi - 10.10 pagi
Tempat : Dewan Perdana Raja Perempuan Zainab
Perasmian/Penceramah : YBrs En Mohd Asri bin Mohd Zawawi , Ketua Penolong Pengarah BTPN Kelantan


Majlis Pelancaran Nilam dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawas PSS 2019 telah diadakan pada 24/2/2019 iaitu pada hari Ahad. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs En Mohd Asri bin Mohd Zawawi , Ketua Penolong Pengarah BTPN Kelantan. Tahniah diucapkan kepada barisan badan Pengawas PSS yang terpilih. Semoga dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman
YBrs En Mohd Asri bin Mohd Zawawi sedang menyampaikan ucapan kepada pelajar SMK Zainab
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri
Gimik pelancaran oleh YBrs En Mohd Asri bin Mohd Zawawi
YBrs En Mohd Asri bin Mohd Zawawi sedang menyampaikan watikah pelantikan kepada pegawas pusat sumber sekolah

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri
Bacaan ikrar yang diketuai oleh pengerusi PSS

KEM KEPIMPINAN MURID 2019





Tarikh : 23 & 24 Februari 2019
Masa : 8.00 pagi - 6.30 petang ( 23/2/2019 ) 
8.00 pagi - 4.00 petang ( 24/2/2019 )
Tempat : SMK Zainab
Penceramah : Ste . (Assoc) Norifah Bt. Che Ahmad Pengurus ProMinda Motivation & Training Consultant

Kem Kepimpinan Murid SMK Zainab 2019
      Pada hari Jumaat dan Sabtu bersamaan 23 dan 24 Februari 2019, pemimpin murid telah menjalankan aktiviti Kem Kepimpinan Murid SMK Zainab 2019 di persekitaran kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab. Aktiviti ini bermula pada pukul 08:00 pagi (23/2/2019) sehingga 6.30 petang (23/2/2019) dan murid diminta hadir pula pada pukul 08:00 pagi (24/2/2019) sehingga 04:00 petang (24/2/2019).
      Objektif kem kepimpinan diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara pemimpin murid. Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya adalah seperti ' Ice Breaking ' , Latihan Motivasi diri dan banyak lagi aktiviti yang menarik telah disediakan.
      Seramai 280 orang peserta mengambil bahagian dalam Kem Kepimpinan Murid. Pada akhir kem ini, majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya memenangi pertandingan yang telah disediakan oleh pihak fasilitator.

Seramai 280 orang peserta yang mengambil bahagian dalam Kem Kepimpinan Murid
Sewaktu aktiviti Ice Breaking dijalankan

Aktiviti Traffic Light yang memerlukan kerjasama dari semua ahli kumpulan
Nyanyian lagu Merdeka oleh para pelajar

Penyampaian hadiah bagi kumpulan yang telah memenangi permainan

Pengerusi PSS mewakili penerimaan sijil bagi semua badan pengawas PSS