PSS: Penjana Sahsiah Seimbang

Sunday, March 10, 2019

KEM KEPIMPINAN MURID 2019





Tarikh : 23 & 24 Februari 2019
Masa : 8.00 pagi - 6.30 petang ( 23/2/2019 ) 
8.00 pagi - 4.00 petang ( 24/2/2019 )
Tempat : SMK Zainab
Penceramah : Ste . (Assoc) Norifah Bt. Che Ahmad Pengurus ProMinda Motivation & Training Consultant

Kem Kepimpinan Murid SMK Zainab 2019
      Pada hari Jumaat dan Sabtu bersamaan 23 dan 24 Februari 2019, pemimpin murid telah menjalankan aktiviti Kem Kepimpinan Murid SMK Zainab 2019 di persekitaran kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab. Aktiviti ini bermula pada pukul 08:00 pagi (23/2/2019) sehingga 6.30 petang (23/2/2019) dan murid diminta hadir pula pada pukul 08:00 pagi (24/2/2019) sehingga 04:00 petang (24/2/2019).
      Objektif kem kepimpinan diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara pemimpin murid. Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya adalah seperti ' Ice Breaking ' , Latihan Motivasi diri dan banyak lagi aktiviti yang menarik telah disediakan.
      Seramai 280 orang peserta mengambil bahagian dalam Kem Kepimpinan Murid. Pada akhir kem ini, majlis penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya memenangi pertandingan yang telah disediakan oleh pihak fasilitator.

Seramai 280 orang peserta yang mengambil bahagian dalam Kem Kepimpinan Murid
Sewaktu aktiviti Ice Breaking dijalankan

Aktiviti Traffic Light yang memerlukan kerjasama dari semua ahli kumpulan
Nyanyian lagu Merdeka oleh para pelajar

Penyampaian hadiah bagi kumpulan yang telah memenangi permainan

Pengerusi PSS mewakili penerimaan sijil bagi semua badan pengawas PSS


No comments:

Post a Comment