PSS: Penjana Sahsiah Seimbang

Wednesday, September 19, 2018

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2018

19 September 2018

Biar gambar berbicara tentang kemeriahan sambutan majlis hari ini. Sayangi Malaysiaku...






























SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN PENJENAMAAN SEMULA


Sekolah Menengah Zainab telah diberi nama mengikut nama  Raja Perempuan Negeri Kelantan iaitu Raja Perempuan Tengku Zainab binti Tengku Zainal Abidin ( Raja Muda) bin Sultan Muhammad III. Dengan izin perkenan baginda, pada bulan Januari 1952, nama Government English Girls’ School telah ditukar kepada Zainab School.
                 
Pada tahun 1957, Zainab School telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Telipot. Baginda Raja Perempuan Zainab telah berkenan merasmikan sekolah baru ini pada 20 Mac 1957. Pada tahun 1958, Zainab School  di bahagi kepada Zainab Primary School dan Zainab Secondary School. Pada Tahun 1968 nama Zainab Secondary School di tukar kepada Sekolah Menengah Zainab.                    

Sejarah penubuhan pusat sumber SMK Zainab bermula seawal penubuhan  Sekolah Menengah Zainab. Bermula dengan sebuah bilik yang terletak di sebuah bangunan kayu yang juga menempatkan pejabat sekolah . Ia di kenali dengan nama Perpustakaan Sekolah Menengah Zainab.                     

          Pada awalnya, perpustakaan SMK Zainab dilengkapi kebanyakan dengan buku Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana bahasa penghantar yang digunakan adalah Bahasa Inggeris.  Pada tahun 1986, apabila bangunan baru dua tingkat didirikan, perpustakaan Sekolah Menengah Zainab berpindah ke tingkat satu blok pentadbiran.

             Pada tahun itu juga  bilik pandang dengar di wujudkan dan diletakkan disebelah perpustakaan. Bilangan buku di dalam perpustakaan juga turut meningkat terutamanya buku Bahasa Melayu.                               

                 
Mulai tahun 2004, perpustakaan SMK Zainab sekali lagi dipindahkan tingkat 1  ke blok Kemboja  dan  sebelahnya diletakkan bilik APD iaitu satu-satunya rangkaian unit PSS ketika itu. Dengan penambahan unit NILAM, PAK, BBM dan ICT, maka berkembanglah organisasi pusat sumber sekolah. Keenam-enam unit ini diletakkan di bawah satu organisasi iaitu Pusat Sumber SMK Zainab.

Mulai  tahun  2009  sehingga sekarang, semua unit di bawah pusat  sumber sekolah di urus secara berpusat mengunakan sistem automasi pusat sumber  S-LIB yang berpusat di pejabat pengurusan PSS. Ini adalah bersesuaian dengan peredaran era ICT yang mana pengurusan secara manual dilihat tidak lagi relevan.

Bagi memartabatkan lagi peranan pusat sumber sekolah, semua pihak telah bersepakat untuk  menjenamakan semula Pusat Sumber SMK Zainab. Penjenamaan semula pusat sumber sekolah adalah untuk melahirkan semangat juang untuk melihat peranan pusat sumber sekolah dalam erti kata sebenar direalisasikan. Maka bermula tahun 2012, Pusat Sumber SMK Zainab 1 dijenamakan semula menjadi :-

                "Pusat Sumber Raja Perempuan Zainab 1 ”

      Dalam usaha memartabatkan Pusat Sumber Raja Perempuan Zainab 1 di persada kebangsaan dan menzahirkan misi PSS iaitu menjulang Pusat Sumber Raja Perempuan Zainab 1 sebagai sebuah organisasi yang terunggul di peringkat kebangsaan menjelang 2012, maka pihak pengurusan memutuskan untuk menyertai pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah dan beberapa pertandingan lain yang di anjurkan oleh pihak PKG/PPD, BTPN/JPN dan juga KPM. Pada Tahun 2009, Pusat Sumber Raja Perempuan Zainab 1 telah menjuarai pertandingan Tokoh NILAM kategori bandar peringkat Negeri Kelantan dan mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan. 

        Tahun berikutnya, pusat sumber ini pula telah menjuarai pertandingan Tokoh NILAM peringkat PKG Kota dan mendapat tempat ketiga peringkat negeri Kelantan. Di samping itu, Pusat Sumber Raja  Perempuan Zainab 1 juga telah memenangi Anugerah Pengurusan NILAM Terbaik Negeri Kelantan dan Anugerah PSS Terbaik Negeri Kelantan sempena Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti JPN Kelantan 2010 dan 2011.           

Bermula dengan menjuarai pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah peringkat  PKG Kota, Pusat Sumber Raja  Perempuan Zainab terus mengorak langkah apabila memenangi tempat pertama Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2011 dan mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan. Akhirnya, pada tarikh keramat 28 April 2012, bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) Pusat Sumber Raja  Perempuan Zainab 1 telah di nobatkan sebagai :-

"Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah
Peringkat Kebangsaan Tahun  2012.”












Thursday, September 13, 2018

BAHAN PEMBELAJARAN YANG DIHASILKAN DAN DIGUNAKAN OLEH GURU-GURU SMK ZAINAB

Bagi pelajar atau guru yang mencari bahan pembelajaran yang dapat membantu di dalam proses PdPC, anda boleh sahaja menggunakan bahan yang disediakan di sini. Bahan ini disediakan oleh guru-guru yang hebat dan digunakan  di dalam kelas bersama para pelajar SMK Zainab. Diharapkan perkongsian ini akan dapat membantu pelajar-pelajar dan guru-guru demi kecemerlangan semua.

http://gg.gg/bahangurusmkzainab








LAWATAN PANEL PENILAI ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

Tarikh 12 September 2018 (Rabu) merupakan detik yang bersejarah bagi warga SMK Zainab yang menerima kunjungan panel penilai Anugerah Pembestarian Sekolah 2018. SMK Zainab telah dipilih untuk memasuki pusingan akhir bersama 4 buah lagi sekolah menengah dari serata Malaysia untuk merebut anugerah yang sangat istimewa ini.

Pusat Sumber Raja Perempuan Zainab tentunya merasa bangga kerana terlibat di dalam usaha menggalakkan penggunaan ICT di sekolah. Diharapkan segala usaha keras dan kerjasama yang dijalankan tidak akan sia-sia. Terima kasih kepada pihak BTP Kelantan dan PKG Kota untuk segala bantuan yang diberikan.













Thursday, August 30, 2018

JAMUAN SEMPENA PERSARAAN MANTAN GPM, PUAN NIK ELIDA BT NIK OMAR

Pada 26 Ogos 2018 yang lalu, satu jamuan telah diadakan untuk meraikan persaraan mantan Guru Perpustakaan dan Media (GPM), Puan Nik Elida bt Nik Omar di Pusat Sumber Raja Perempuan Zainab. Puan Nik Elida akan bersara bermula 1 September 2018.

Jamuan tersebut telah dihadiri oleh guru-guru AJK  dan pengawas Pusat Sumber sebagai tanda penghargaan kepada Puan Nik Elida yang telah banyak menabur bakti kepada Pusat Sumber Raja Perempuan Zainab. 








Saturday, August 11, 2018

GOTONG ROYONG PERDANA 3

Satu gotong royong melibatkan semua pengawas telah diadakan pada hari Khamis (9 Ogos 2018) jam 2.30 petang untuk menyiapkan kerja-kerja memproses semua buku yang dibeli pada tahun 2018.

Diharapkan dengan adanya semua buku baru yang disediakan oleh Pusat Sumber Raja Perempuan Zainab,  ia dapat memberi manfaat kepada semua guru dan pelajar SMK Zainab.





Wednesday, August 8, 2018

BENGKEL KECEMERLANGAN FIZIK TINGKATAN 5

Bengkel Kecemerlangan mata pelajaran Fizik Tingkatan 5 yang dikendalikan oleh Encik Hasmarudin  diadakan di Pusat Sumber Raja Perempuan Zainab pada 7 Ogos 2018.



MSU NATIONAL INFO HUNT 2018

Team 'Clairvoyance ' yang terdiri daripada 12 orang pelajar Tingkatan 5 telah mewakili SMK Zainab ke pertandingan Info Hunt anjuran MSU pada 25 Julai 2018.

Team Clairvoyance membawa pulang 3 kemenangan iaitu tempat pertama untuk 'Best Crew in School' serta tempat pertama dan kedua untuk 'Best Social Media Ig Famous '

Tahniah Clairvoyance !